Seks Semasa

Doktor ‘Kantoi’ Cabul Wanita Di Bangku Hospital

Ini buktinya pendidikan yang tinggi tak menentukan sahsiah diri dan moral seorang manusia!

Menerusi sebuah rakaman video yang kini tersebar, perbuatan biadap seorang doktor di sebuah hospital telah berjaya dirakam sekaligus mengundang kejutan orang ramai.

Dalam rakaman bertarikh 26 Januari yang berlaku di Peruvian America Clinic, Trujillo, Peru itu seorang wanita yang merupakan anggota keluarga pesakit telah tertidur di sebuah kerusi di hospital.

Tanpa disangka-sangka, dia kemudiannya diperlakukan dengan aksi tak masuk akal oleh seorang doktor yang kebetulan lalu di sebelahnya.

Apakah yang dilakukan oleh doktor tersebut? Saksikan rakaman di bawah.

Ianya ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Jadi, terbuktilah di mana-mana sahaja jenayah seksual boleh berlaku tidak kira tempat.

Menurut saksi yang merakam perbuatan ini, dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya sehingga mengambil keputusan untuk merakam dengan kamera telefon pintarnya pada kali keempat doktor berkenaan melakukan aksi cabul iaitu menghalakan kemaluannya ke arah mangsa yang tidak sedar kerana terlalu nyenyak tidur.

Susulan video viral ini, doktor terlibat yang dikenali sebagai  Dr. Javier Maurico Cuba kini sedang disiasat manakala pihak hospital turut mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Dr. Javier Maurico Cuba

Jawabnya selepas ini berakhirlah kerjaya doktor porno ini. -KLICK.MY