Viral

Nurul Shamsul, Gadis Melayu Pertama Sertai Ratu Cantik New Zealand

INI bukan kali pertama gadis berhijab menyertai Miss Universe. Namun, ia amat asing untuk seorang gadis Melayu lebih-lebih lagi yang berhijab untuk menyertai pertandingan tersebut.

Siapa sangka, gadis berhijab berdarah campuran Malaysia-Indonesia, Nurul Shamsul mencatat sejarah apabila tersenarai antara 20 finalis Ratu Universe New Zealand 2018.

Menerusi Instagram, Nurul Shamsul berkata, sebagai wanita bertudung, beliau adalah yang pertama di negara itu untuk sampai ke peringkat akhir, malahan juga perintis di tahap global.

“Peluang seumpama ini diharap dapat memecah sebarang halangan dan stereotaip, malahan ia juga diharap dapat mendefinasikan semula erti kecantikan sebenar,” katanya.

Beberapa posting lain, Nurul berkata, sebagai umat Islam, dia masih mengutamakan kepercayaan walaupun menyertai pertandingan ratu cantik itu.

“Saya berdoa supaya peluang ini sesuatu yang baik untuk diri saya dan agama. Saya mohon ia berlaku, tetapi jika tidak saya minta Tuhan menjauhkan diri saya daripadanya,” katanya.

Pasti anda mahu mengetahui latar belakang asal usul Nurul bukan? Menurut Nurul, ibunya berasal dari Indonesia, manakala bapanya rakyat Malaysia.

Katanya, ketika ini dia masih menuntut di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial.

“Saya ingin sekali membantu masyarakat untuk berjaya dan memberi ruang kepada individu bagi menjamin masa depan,” ujarnya.

Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.