Sensasi Terkini Viral

Nur Sajat Beri Amaran, Saman Sesiapa Yang Memfitnahnya

Selama ini dia hanya mendiamkan diri apabila dihina dan difitnah. Namun tindakannya itu membuatkan dirinya semakin dicerca.

Namun setiap kesabaran itu ada hadnya. Kini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Nur Sajat Kamarul Zaman telah hilang sabar dengan sikap segelintir masyarakat yang suka menabur fitnah ke atas dirinya.

Bertindak atas itu, dia telah memuat naik gambar kenyataan akhbar mengenai luahan dan penjelasannya berkena hal tersebut.

Dalam kenyataan akhbar itu, dia menegaskan dan memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu dan memfitnahnya.

Nur Sajat juga mendakwa tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan telah menjejaskan perniagaannya.

Justeru, diharap selepas ini tiada lagi pihak yang membuat tuduhan palsu dan memfitnahnya. Tak salah kalau kita mendokan yang baik-baik untuk orang lain lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. –KLICK.MY