Hiburan Terkini

Norman Hakim Orang Terakhir Tahu Memey Mengandung Lagi

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan bahagia Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana bakal menerima cahaya mata baru tidak lama lagi. Ini bakal menjadi zuriat keenam Norman.

Norman menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira itu kepada peminatnya dengan memuat naik video dan gambar sekeping kad ucapan tahniah yang dihadiahkan Memey kepadanya sebagai kejutan pada hari Jumaat lalu.

Di dalam kad itu turut dilekatkan alat ujian kehamilan sebagai bukti hamil.

Saksikan video ini:

Bahagian kedua di sini:

 

Menurut Norman, dia merupakan individu terakhir mengetahui mengenai kehamilan isterinya itu.

“Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu, mama Abby Abadi, abah Jai Ezzany dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.

They just kept it as a surprise. Memang mummy Memey Suhaiza nak tunggu masa Jumaat untuk beritahu tentang kehamilan ini,” tulisnya.

Meskipun tidak tahu tentang kehamilan itu, Norman mengakui sudah dapat merasakan Memey sedang hamil sejak dua minggu lalu.

Malah, dia turut mengalami simptom ‘pembawakan budak’ yang pernah dialami semasa kehamilan anak terdahulu.

“Tak tau nak cakap macam mana tapi macam boleh rasa ‘pembawakan’ tu sejak dua minggu yang lepas.’Rasa’ tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ macam masa Marisa Dania dalam kandungan dulu,” tulisnya.

Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.

Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Nampaknya bertambah besarlah keluarga Norman, Memey dan Abby Abadi. Semoga Memey diberikan kesihatan yang baik sepanjang hamil kali ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen