Hiburan Sensasi Terkini

Nora Danish Sambut Birthday Di Perth?

Pelakon popular, Nora Danish telah memuatnaik gambarnya yang sedang bercuti di Perth, Australia di Instagramnya. Mungkin dia ke sana untuk menyambut hari lahirnya yang jatuh setiap 7 March.

 

Malah, ada sesetangah gambar yang dimuatnaik disertai dengan hashtag belieber @justinbieber yang menimbulkan tanda tanya. Apabila disiasat rupa-rupanya penyanyi antarabangsa itu juga berada di Perth dan menginap di Crown Tower.

Wah, tak sangka Nora Danish merupakan peminat setia Justin Bieber. Sebenarnya ramai juga artis kita yang menjadi ‘follower’ penyanyi yang sering mencetuskan kontroversi ini. Tak percaya, boleh periksa Instagram masing-masing.

Seronoknya dapat sambut hari jadi di negara orang bersama orang tersayang. Dalam Instagram Nora Danish juga kelihatan kelibat kekasihnya, Nedim Nazri. Malah pasangan ini khabarnya sedang menghitung hari untuk disatukan sebagai suami isteri.-KLICK.MY