Sensasi Terkini Viral

Niat Nak Bertumpang Teduh Tetapi Sebaliknya Dihalau!

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki didakwa menghalau seorang wanita yang memasuki masjid. Video tersebut menjadi tular dan heboh diperkatakan.

Kesnya bermula apabila wanita tersebut bersama ibu dan ayahnya masuk ke dalam masjid di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mahu berteduh dari hujan dan petir.

Wanita yang bernama Lisza Laressa itu mendakwa dia dihalau oleh lelaki yang berada di masjid tersebut kerana dia tidak memakai tudung.

Dia mengakui salahnya kerana tidak memakai tudung di dalam masjid tetapi tindakan lelaki itu memberi amaran kepada ayah dan ibunya, membuatkan dia terkejut.

Berikut adalah luahan Lisza di Facebook atas insiden yang terjadi kepadanya.

“Memg salah akak, kawasan masjid, kena pakai tudung,.ni pon sbb nk tumpang berteduh sementara nak tggu ujan stop dan petir kilat reda,.sementara nk temankan mak mkn nasi,.yelahh dari pagi mak akak tak makan apa-apa,.sementara nak tggu time melawat adik accident kt wad,.

 “Tiba2, ada seorg hamba Allah, dtg trus sound,.” Ni masjid kan? Ni masjid kan? Ko tu xpakai tudung, tlg hormat masjid, so ko bleh kuar skang !” Tapi memandangkan mak tengah makan, so ingt nak tunggu la mak abih mkn,.

 “Rupa-rupanya die datang lagi, trus sound kali ke2, ” kan aku dh kata kan? Ni masjid kan? Ko ni xhormat masjid ke?!

 “Ayah akak trus menyampuk, “lepas isteri sy mkn ni, kami semua akan kelaur, lagipon, ujan lebat & petir, sy nk berteduh kejap,.( dlm video tu, korang pon nmpk kan, mak akak pon xabih mkn pon lagi )

 “Tengoklah cara anak muda berbahasa dengan orang tua macammana Angkat2 tangan macamtu?

 Kalau nak marah akak, marahlah akak sorang, tapi dengan orang tua pon ko punye la tggi suara,,oo siap ckp, “aku polis bantuan sini !”

 Oo cmni rupanye polis bantuan ye ? org2 sekeliling situ, leraikan & suruh kami semua beredar je dari situ,.org2 situ pon ckp blk kt die,.salah cara ko ni tegur org!

 Kesian mak abah, ? org main herdik2 je,.alahaiii,.besar sgt ke salah akak? nasibla akak pk memg akak yg salah,so akak diamkan je ,.

Disebabkan ujan lebat, petir kilat, terima kasih atas ihsan org ramai bg payung utk mak abah tadi dan kami bertiga , kua dlm hujan lebat, akak terpaksa berbasah dlm hujan, sbbnya payung utk mak & abah pakai.”

Tidak salah menegur tetapi biarlah bertempat. Tidak dinamakan menegur kalau suara ditinggikan dan boleh memalukan pihak yang ditegur.-KLICK.MY