Sensasi Terkini Viral

Ngeri, Wajah Wanita Ini Hancur Dimakan Bakteria

Pada asal wajah Suth Ret seperti mana-mana remaja wanita Kemboja yang lain. Namun segala-galanya berubah selepas dia mencabut gigi pada Disember lalu.

Dia kehilangan separuh mukanya akibat dijangkiti necrotising fasciitis atau bakteria pemakan daging.

necrotising fasciitis

Bakteria itu kemudiannya menghakis lapisan kulit muka di sebelah kanan tengkoraknya menyebabkan Ret kehilangan sebelah wajah.

Melihat wajahnya yang seakan-akan mereput itu, membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan berasa simpati dan ngeri.

Gadis malang ini telah dikejarkan ke hospital di Phnom Penh, dalam keadaan yang tidak bermaya dan kurus. Sungguh pun begitu, dia tidak pernah berputus asa berjuang melawan penyakitnya itu.

Doktor berhempas pulas menghentikan jangkita agar tidak merebak ke seluruh muka. Dalam pada itu seorang warga Kanada, Yulia Khouri yang juga jiran sekampung Ret, telah menggesa masyarakat antarabangsa membantu remaja tersebut.

Sepasukan pakar bedah dari Jerman dan Malaysia dengan 40 tahun pengalaman telah melawat Ret. Kini gadis itu sedang bergelut dengan masa sebelum bakteria itu menjangkiti seluruh badannya.-KLICK.MY