Sensasi Terkini Viral

Ngeri, Peladang Maut Ditelan Ular Sawa

Dulu negara kita pernah digemparkan dengan kes seorang lelaki maut dibelit ular sawa pada tahun 1995. Kejadian ngeri itu berlaku di Segamat, Johor. Kini kes yang hampir serupa berlaku namun ia berlaku di Indonesia.

Malah kes yang berlaku di negara seberang itu lebih dahsyat apabila mangsa berjaya ditelan terus ke dalam perut ular sawa.

Mangsa merupakan peladang bernama Akbar dan didapati hilang oleh ahli keluarga setelah keluar memetik buah kelapa sawit di ladang miliknya.

Setelah seharian tidak pulang ke rumah, keluarga dan penduduk kampung pergi ke ladang tersebut untuk mencarinya. Setelah beberapa jam mencari, mereka menemui seekor ular sawa yang kekenyangan berhampiran sebatang pokok kelapa sawit.

Curiga melihat perut ular sawa yang besar itu, penduduk bertindak menangkap dan membelah perut haiwan itu dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui mayat Akbar dalam perut ular sawa itu.

Menurut seorang penduduk, mayat mangsa masih berada dalam keadaan baik dan lengkap berpakaian. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampungnya.-KLICK.MY