Semasa

Ngeri, Lintah Keluar Dari Badan Setelah Berbekam!

Seorang wanita bernama Anita Yusof menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi pengalaman ngeri, didakwa gara-gara disantau.

Kesakitan dan kepanasan yang dialaminya selama bertahun-tahun yang disangkakan sakit biasa rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya.

Pada mulanya wanita yang gemar mengembara ini beranggapan sakit yang dialami itu kesan daripada melawan angin ketika mengembara di Ruta 40 (Argentina).

Pelbagai cara dilakukan untuk mengubati kesakitan yang dialami termasuk menyapu krim dan melakukan fisio tetapi tidak berkesan.

Akhir sekali dia cuba pula perubatan alternatif yang memerlukannya berbekam dan hasilnya benar-benar mengejutkan! Biasanya kalau berbekam hanya keluar darah kotor namun tidak buat Anita..

Antara yang keluar dari badannya ialah lintah bulan sebesar ibu jari, jarum yang sudah bengkok serta objek didakwa kain kapan, air santau dan abu mayat.

Dari sini tahulah dia bahawa kesakitan yang dialami dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar selama ini melibatkan perbuatan sihir.

Kembang tekak dan meremang bulu roma melihat gambar-gambar yang dimuat naik dalam Facebooknya. Tak sangka masih ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan keji yang melanggar akidah di zaman moden ini.

Ajaran Islam jelas menyatakan bahawa perbuatan sihir dan ilmu hitam adalah haram dan membawa kepada dosa terberat iaitu perbuatan syirik atau menyekutukan Allah SWT, maka diharapkan mereka yang terpesong melakukannya segeralah bertaubat.  -KLICK.MY

Tag