Sensasi Terkini Viral

Ngeri, Anggota Badan Kanak-Kanak Dalam Perut Buaya

Gempar apabila penduduk di sebuah perkampungan di Zimbabwe menemui mayat seorang budak berusia lapan tahun di dalam perut seekor buaya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibaham buaya yang ganas itu. Penduduk yang berjaya menembak mati buaya tersebut, telah membelah perut buaya berkenaan dan kelihatan anggota badan kanak-kanak tersebut di dalamnya.

Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk kampung dan ia terus tular di laman sosial. Keadaan cuaca yang buruk dan banjir dipercayai menyebabkan haiwan ganas itu masuk ke kawasan perkampungan.-KLICK.MY