Hiburan Terkini

Netizen Suka Cara Siti Sarah Hukum Anak Selalu Bergaduh

ANTARA selebriti yang gemar berkongsi kisah keluarga dan anak-anak adalah penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan setiap perkongsiannya mendapat jumlah likes yang tinggi.

Semalam, Sarah memuatnaik satu video dia sedang menghukum dua anaknya yang telah bergaduh.

Cara hukuman digunakan Siti Sarah yang tidak menggunakan kekerasan fizikal itu, mendapat pujian netizen.

Rakaman menunjukkan Sarah memegang rotan dan meminta kedua-dua anaknya berikrar agar tidak mengulangi kesalahan bergaduh sesama sendiri lagi.

Hukuman itu berjaya membuat dua anaknya menangis dan kemudiannya bersalaman dan berpelukan.

Isteri pelawak Johan, Jozlynn turut meninggalkan komen dan dapat memahami situasi itu kerana dia yang memiliki empat anak turut berdepan situasi sama dengan Sarah.

Video itu telah ditonton lebih 522,000 kali dan rata-rata netizen bersetuju dengan cara digunakan Sarah dalam menegur dan mendidik anak-anak kerana mereka perlu diberi pengajaran jika melakukan kesilapan agar menjadi manusia berguna kelak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.