Hiburan

Netizen Puji Yana Samsudin Tolak Bersalaman Dengan Ahli Running Man

EMPAT selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV.

Antara selebriti tersebut iaitu anggota Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).

Namun, ketika sesi suai kenal, Yana Samsudin selaku pengacara rancangan tersebut dilihat menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man iaitu Jee Seok.

(Pukul 9am nanti saya buat Live kat FB saya ok, khas buat yang takda or tak sempat tengok TV9 😘😘😘😘) . Assalamualaikum salam Jumaat semua… anneyohasayo 🤗 haaa… yana nak share yang hari Ahad ni (5 Ogos) kita akan berjumpa di Mydin USJ jam 1pm untuk #CampurCampurSiap masak live dengan yana 😁 haa.. kita leh share resepi acik acik bawang dengan korang… . . . Untuk esok pulak standby di Tv9 jam 9am tau, yana bersama geng abam & hakak Korea #RunningMan ( @jeeseokjin @yangse2848 @ssongjjong.ifnt @jeaworld ) akan offer korang barang-barang best & rare dari Korea😘 . . khas kolaborasi #SalesKingTV & @cjwowshop save no ni 1800180808 cepat, esok kalau peminat nak beli barang leh support untuk capai misi diorang kasi SOLD OUT!!! hikhik… jangan lupa k.. 2 date nih 😍 #TheWowShow #CjWowShop #YanaHosting #SungJong #Infinite #jisukjin #yangsechan #jea #browneyedgirls #inspirit #HidupMestiAdawow

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yana di Instagram pada Sabtu lalu, kedengaran dia menjelaskan hanya bersalaman dengan wanita sahaja.

“I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)” ujarnya.

Rata-rata memuji tindakan Yana yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah.

Semoga apa yang ditunjukkan oleh Yana menjadi ikutan para peminat. Sebaik-baiknya tolaklah secara baik dan berhemah agar pihak satu lagi tidak terasa hati. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.