Gaya Hidup

Netizen Kritik Kenaikan Melampau, KFC Jelas Isu Harga Makanan

SEJAK beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai kenaikan harga makanan segera paling popular di Malaysia, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Isu itu dibangkitkan oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan kenaikan melampau itu.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Justeru menjawab isu berbangkit tersebut, syarikat makanan segera itu tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut KFC, bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Untuk tujuan ini, kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata kenyataan itu.

Mengulas berita yang tular di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate, katanya, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015. –KLICK.MY

Tag