Sensasi Terkini Viral

Netizen Kecam Fara Mendoza Pakai Bikini Nampak Payudara

Pelakon Fara Mendoza sememangnya dikenali sebagai artis yang sering dihimpit kontroversi.

Kehidupannya yang dikatakan terlalu sosial membuatkan dia sering dikaitkan dengan kontroversi.

Terbaharu, Fara menerima kecaman daripada netizen apabila dia memuat naik gambar seksinya ketika sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu di Instagram.

Gambar dia berbikini dengan hanya ditutupi baju jarang sehingga menampakkan bentuk payudaranya membuatkan netizen tidak senang duduk.

Pelbagai kecaman diterima olehnya. Malah, ada juga netizen lelaki yang mata keranjang memuji keberanian Fara berkongsi gambar sedemikian di media sosial.

Ternyata, kecaman yang diterima membuatkan Fara berang dan sesekali membalas di ruangan komen.

Malah menerusi Insta Stories, Fara memberi amaran kepada netizen agar tidak memberi sebarang komen yang mengarut. Sekiranya degil, dia tidak teragak-agak untuk menyekat akaun tersebut.

Mungkin selepas ini Fara kena berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi gambar yang boleh mengundang kecaman kecuali memang itu niatnya. –KLICK.MY