Hiburan Sensasi Terkini

Netizen Kagum Fazley Yaakob Cuci Muntah Anak Di Mini Market

PERKONGSIAN selebriti Dato Fazley Yaakob yang mencuci sendiri muntah anaknya di sebuah mini market meraih pujian dan dan kagum netizen kepadanya.

Fazley yang merupakan bapa kepada empat anak berkata, perlakuan itu berlaku secara spontan kerana anak ketiganya Ahmad Firudz Shah (Piyush) muntah secara tiba-tiba di lantai pasar raya mini itu.

“Ia memang spontan. Piyush termuntah sebaik sampai di kedai. Jadi, saya terus ke stor cari mop serta baldi dan mencucinya.

“Saya rasa orang kedai tu pun tak perasan anak saya muntah. Lagipun, mereka terlalu sibuk dan pelanggan pun ramai.

“Biarlah saya saja yang pastikan pelanggan lain tak terpijak,” katanya pada Sinar Harian.

Jelasnya, ia merupakan satu perkara semulajadi bahkan merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa.

“Saya rasa benda ini secara natural, kalau anak-anak kita yang buat kotor jangan harap orang lain bersihkan.

“Cuba sedaya upaya untuk pegang tanggungjawab itu, walaupun kita dah pakai elok-elok untuk ke acara penting.

“Anak-anak ini macam kain putih, biar mereka sedar kita sebagai ibu bapa adalah contoh terbaik,” katanya.

Fazley berkongsi video insiden tersebut di laman Instagramnya:

Ramai netizen memuji tindakan tidak lepas tangan Fazley itu dan berharap uanya menjadi contoh kepada ibu bapa lain di luar sana.

Tak ramai ibu bapa macam Fazley kat Malaysia ni rasanya, kebiasaannya mereka membiarkan sahaja kekotoran dilakukan anak di tempat awam untuk dibersihkan oleh ‘cleaner’ sahaja. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.