Sensasi Terkini Viral

Nenek Usia 99 Tahun Teruja Masuk Penjara

Mungkin ini impiannya sejak dulu lagi. Kisah nenek berusia 99 tahun dari Belanda ini menjadi tular di laman social kerana impiannya untuk dipenjarakan!

Pelik tetapi benar. Itulah kisah nenek bernama Annie ini. Mungkin dia terlalu ingin merasai hidup dalam penjara menyebabkan dia memasang impian tersebut.

Impian pelik nenek ini akhirnya direalisasikan oleh pihak polis apabila mereka membawanya ke balai polis. Lihat sahaja wajah terujanya apabila digari oleh polis.

Memandangkan usianya sudah hampir satu abad, mungkin inilah kali pertama dan terakhir dia memasuki penjara.

Menariknya setiap momen dari awal dia ditangkap hingga dimasukkan ke dalam penjara dikongsi oleh pihak polis Belanda itu sendiri.

Nenek Annie menghabiskan beberapa minit di dalam penjara dengan penuh gembira. Malah wajahnya melambangkan kepuasan yang tidak terhingga.-KLICK.MY