Sensasi Terkini Viral

Nenek Guna Beg Tangan LV Untuk Bawa Ikan

Nampak sangat nenek ini tidak tahu dan menyedari beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) pemberian cucunya adalah sebuah beg yang mahal. Baginya, beg tangan tersebut memudahkan dia mengisi barangan pasar yang dibeli seperti ikan dan sayur.

Kejadian berlaku di Taipei , Taiwan dan menurut cucu kepada nenek ini, dia terkejut kerana tidak menyangkan beg tangan LV berharga RM4,423 itu digunakan oleh neneknya hanya untuk mengisi barangan dapur.

Kejadian lucu ini diceritakan kembali oleh cucu nenek ini di laman sosial. Menurut wanita berkenaan, dia menghadiahkan beg tangan berjenama tersebut sebagai hadiah untuk neneknya.

Tambahnya lagi, dia membeli beg tersebut selepas melihat neneknya sering menggunakan beg tangan yang sama sejak bertahun-tahun.

Namun selepas beberapa bulan, wanita itu melawat semula neneknya dan terkejut selepas mendapati beg itu digunakan untuk pergi ke pasar.

Malah lebih mengejutkan, neneknya meletakkan barangan dapur termasuk ikan dalam beg tersebut. Neneknya sempat memuji ketahanan beg tersebut yang dikatakan kalis air.

Tidak mahu memotong kegembiraan neneknya, wanita tersebut hanya mendiamkan diri dan terus memeluk neneknya. Baginya, melihat neneknya gembira sudah cukup.-KLICK.MY