Sensasi Terkini Viral

Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu, Bro – Sharifah Amani Tempelak Netizen

Pelakon Sharifah Amani dikecam oleh netizen apabila memuat naik gambarnya OOTD di Twitter dengan memakain baju kurung Kedah di padankan dengan seluar jeans koyak di bahagian paha.

Terdapat beberapa komen netizen yang memujinya cantik namun ramai juga netizen yang mengutuk cara pemakaian aktres itu yang bagi mereka kurang sopan.

Ada yang mendakwa jika mak mereka lihat mereka pakai jeans koyak memang akan diterajang.

Menjawab komen-komen negatif, Sharifah Amani membalas dengan memuat naik gambar dia bersama neneknya dengan kapsyen “Aku pakai baju kurung Kedah & jeans kau yang rasa panas. Nenek gua tak sekejam Nenek lu Bro.”

Rasanya pakaian Sharifah Amani tidak menjolok mata, biasalah gaya anak muda yang kreatif memang begitu. –KLICK.MY