Hiburan Sensasi Terkini

Nelydia Senrose Dilamun Cinta Dengan Jutawan Muda?

SEBAGAI figura umum, Nelydia Senrose sering digosipkan bercinta dengan seseorang. Namun hingga kini, cinta yang digembar-gemburkan itu masih belum membawanya ke jenjang pelamin.

Sebelum ini dia pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Nora Danish dan Fasha Sandha, Jejai. Namun ianya dinafikan sendiri oleh Nelydia.

Kini, Nelydia sekali lagi dikatakan dilamun cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H yang juga rakan perniagaan Jejai.

Gambar mesra Nelydia dengan lelaki dipercayai Mr H itu tersebar di media sosial, sekaligus menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Ramai netizen mula berteka-teki dan membuat spekulasi tentang hubungan mereka. Adakah pertemuannya dengan Jejai sebelum ini adalah kerana Mr H ini?

Kalau benar pelakon kesayangan ramai ini bercinta, semoga kali ini ianya berakhir di jenjang pelamin. Sama cantik sama padan! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.