Hiburan Terkini

Neelofa Tak Kisah Dikecam Pilih Kelab Malam Lancar Tudung

SEMALAM pengacara dan pelakon popular, Neelofa telah mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung beserta sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

Tahniah kami ucapkan kepada usahawanita berjaya ini. Namun dalam ‘kecemerlangannya’ itu, Neelofa terpalit dengan isu kontroversi kerana lokasi yang dipilih untuk majlis itu dikatakan tidak sesuai.

Neelofa memilih sebuah kelab hiburan atau kelab malam di ibu kota bagi tujuan tersebut yang menyebabkan netizen mengkritik dan mengecamnya.

Namun apa jua kritikan yang diterima, Neelofa awal-awal lagi tekad untuk tidak mempedulikannya. Menurut Neelofa seperti dilaporkan oleh BH Online, dia memilih kelab malam kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa.

Betul kata Neelofa, seandainya kita sentiasa mempedulikan kata-kata netizen, sampai bilapun ia takkan selesai. Jadi pejamkan mata, pekakkan telinga dan terus melangkah ke hadapan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen