Sensasi Terkini Viral

Neelofa Kongsi Pengalaman Jadi Jiran Mona Fandey

FILEM Dukun masih hangat diperkatakan. Selain jalan cerita yang dikatakan mirip kisah benar tentang pembunuhan kejam yang dilakukan Mona Fandey, lakonan mantap barisan pelakonnya juga begitu berkesan.

Jadi, tidak hairanlah baru empat hari tayangan filem ini sudah mencecah 6.2 juta kutipan tiket.

Kebanyakan penonton terkesan dengan jalan cerita filem ini termasuk para artis. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara jelita, Neelofa telah membuat pendedahan mengejutkan di program MeleTOP tentang Mona Fandey.

Menurut Neelofa, Mona Fandey merupakan jiran keluarganya di Kelantan. Rumah Mona Fandey berada di hadapan rumah keluarganya.

Pengacara ini mengakui selepas menonton Dukun dia sukar melelapkan mata kerana teringatkan watak utama filem itu yang menyerupai Mona Fandey.

Tambahnya, rumah Mona Fandey hanya satu sahaja iaitu di Pasir Mas, Kelantan.

 “Saya tak boleh tidur selama dua hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona.

“Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu,” katanya dalam program MeleTOP.

Wah, tak sangka Neelofa pernah berjiran dengan Mona Fandey!

Apapun, filem Dukun didakwa bukanlah kisah Mona Fandey sebenarnya. Namun terpulang kepada yang sudah menontonnya untuk menilai sama ada ianya sama atau sebaliknya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.