Selebriti Sensasi Terkini Viral

Dituduh Curi Lukisan, Anzalna Sound ‘Makcik Bawang’

MUNGKIN apa yang berlaku ke atas pelakon jelita, Anzalna Nasir baru-baru ini ada hikmahnya. Kalau perkara itu tidak terjadi, pasti ramai yang tidak tahu dia seorang pelukis berbakat.

Beberapa hari yang lalu, Anzalna memuat naik komen seorang netizen yang menuduhnya mencuri sebuah lukisan.

Tuduhan itu dinafikan Anzalna kerana lukisan tersebut dilukis sendiri olehnya. Bagi mengukuhkan lagi bukti, Anzalna menjelaskan dia pernah memenangi pertandingan melukis di Kanada.

Terbaharu, semalam Anzalna memuat naik lagi sebuah lukisan yang dilukisnya sendiri di Instagram.

Kali ini seakan-akan tidak mahu netizen mempertikaikan hasil karyanya. Anzalna sertakan sekali namanya pada lukisan tersebut.

Namun apa yang melucukan adalah kapsyen yang ditulis Aznalna. Kapsyen tersebut seakan menyindir netizen yang pernah menuduhnya mencuri lukisan orang.

“Jangan cakap sis curi painting orang lain sebab I dah letak nama kat tepi tu. Nasib baik I tak cop tapak kaki sekali!😝 Ehhh perlu ke buat semua ni!!!” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji kecantikan lukisannya. Jadi jangan sangka di sebalik keayuannya Anzalna hanya pandai berlakon, ternyata dia juga amat berbakat dalam bidang lukisan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen