Viral

Nasi Goreng Dikatakan Nasi Lemak, Chef Selebriti Australia Dikecam

KALAU dulu chef selebriti dari rancangan Masterchef UK dikritik hebat kerana mengatakan rendang ayam salah seorang peserta dari Malaysia tidak rangup sehingga tersingkir dari pertandingan tersebut.

Berkaitan: Tersingkir MasterChef UK Gara Gara Ayam Rendang Tak Rangup

Kini tiba giliran chef selebriti dari rancangan Good Chef Bad Chef pula hangat diperkatakan mengenai isu nasi lemak yang sebenarnya adalah nasi goreng.

Rakaman klip masakan yang disiarkan di saluran Facebook Good Chef Bad Chef bagaimanapun telah dibuang oleh pihak terbabit setelah mendapat kecaman daripada netizen.

Chef selebriti, Adrian Richardson dikatakan memasak nasi lemak itu mengikut versinya bagaimanapun netizen mempertikaikan nasi tersebut bukan nasi lemak sebaliknya nasi goreng.

Memetik MSN news memberitahu, chef tersebut juga mengambil nasi yang sejuk untuk dimasak dan pastinya berbeza dengan cara masakan nasi lemak.

Malah portal itu juga memuat naik gambar ayam kari dan pes nasi goreng untuk dimasukkan ke dalam nasi serta akhirnya dihidangkan bersama daun pisang.

Setelah mendapat kecaman daripada netizen, wakil program tersebut mempertahankan tindakan chef tersebut yang dikatakan memasak nasi lemak mengikut versinya sendiri.

Netizen memberitahu, nasi lemak perlu ditanak bersama santan bukan digoreng seperti mana dilakukan oleh Chef Adrian.

Menurut salah satu komen daripada netizen, sepatutnya chef tersebut perlu melakukan penyelidikan kepada resepi nasi lemak sebelum memulakan rancangan masakan.

“Sekiranya hendak memasak nasi goreng seperti mana bahan yang digunakan tetapi jangan memanggil masakan itu nasi lemak, ini kerana ia tetap nasi goreng dan tidak sama dengan nasi lemak.

“Tolong ‘check’ fakta dulu, kami rakyat Malaysia berbangga dengan nasi lemak dan mempertahankan hidangan negara kami,” katanya.

Masakan Asia sering disalah masak atau tafsir resipinya kerana bagi kebanyakan chef di negara barat, mereka gemar mengolah sesuatu resipi masakan mengikut cara tersendiri.

Ia sebenarnya bagus tetapi kadangkala melampaui batas. –KLICK.MY

Sumber: Sinar Harian Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.