Sensasi Viral

NASA Temui 7 Planet Baharu

NASA secara rasminya mengumumkan penemuan 7 planet baharu yang terletak 39 tahun cahaya dari bumi baru-baru ini.

Dalam kiraan mata kasar kita mungkin jarak ini jauh namun tidak bagi ahli astronomi.

Malah katanya dalam tujuh planet tersebut, mungkin ada yang boleh didiami kerana menghasilkan air yang penting kepada kehidupan.

Kedudukannya yang tidak terlalu jauh dengan bumi membolehkan ahli astronomi memahami sifat atmosfera setiap planet, sekali gus mencari bukti kimia wujudnya sebarang aktiviti biologi.

Selama ini kita sering menonton filem-filem fiksyen yang memaparkan tentang kehidupan makhluk lain di planet selain bumi.

Mungkin selepas ini, manusia mampu hidup dan berhijrah ke planet lain. Sedangkan bulan sudah ‘dipijak’ sejak dulu lagi inikan pula dengan peralatan teknologi yang semakin canggih pasti ia tidak mustahil.-KLICK.MY