Sensasi Terkini Viral

Nak Swap iPhone 7 Namun Ditipu Scammer Belasan Tahun

Telefon bimbit berjenama ibarat seperti intan berlian pada masa sekarang. Malah, ia dilihat lebih berharga daripada emas.

Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup buat apa sahaja semata-mata nak dapatkan alatan komunikasi tersebut.

Namun, apa yang berlaku ke atas seorang lelaki ini boleh dijadikan pengajaran. Keghairahan untuk mendapatkan telefon bimbit iPhone telah memakan dirinya.

Apakan tidak, dia ditipu oleh seorang budak belasan tahun yang bijak menipu. Kisahnya diceritakan oleh rakannya di Facebook.

Mangsa dan scammer membuat perjanjian di aplikasi WhatsApp mengenai pertukaran telefon iPhone 6SPlus dengan iPhone 7.

Teruja dengan tawaran scammer tersebut tanpa berfikir panjang mangsa membuat temu janji untuk berjumpa.

Dari jauh dia sanggup datang berjumpa dengan scammer tersebut. Namun, setelah sampai di tempat yang dijanjikan, scammer atau remaja tersebut seperti mahu menipu dan mempermain-mainkannya.

Disebabkan marah dan geram dipermainkan, lelaki berkenaan pergi ke rumah kedua ibu bapa remaja tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Namun, kemarahannya ibarat disimbah minyak apabila mendengar penafian oleh remaja itu mengenai apa yang telah dilakukannya. Malah, ibu remaja itu bertindak mempertahankan anaknya.

Perbualan mereka di WhatsApp turut dimuat naik sehingga menjadi tular di laman sosial.

Apa yang berlaku ini harus dijadikan iktibar. Remaja berkenaan memang bersalah kerana kecil-kecil lagi sudah pandai menipu.

Lelaki yang ditipu itu pula, lain kali jangan ghairah untuk mendapatkan benda yang dikehendaki tanpa usul periksa.-KLICK.MY