Hiburan Sensasi Terkini

Nadya Syahera Selamat Lahirkan Anak Sulung

Alhamdulillah dan tahniah kepada pelakon Nadya Syahera kerana selamat melahirkan anak sulung yang diberi nama Aleena Rose.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang kelihatan begitu teruja, Fizul Nawi menerusi laman Instagramnya.

Keterujaan itu turut dikongsi oleh rakan terdekat melalui Instagram di mana dia bergambar bersama Nadya yang sedang memangku Aleena.

Boleh dikatakan kelahiran Aleena turut dirasai oleh semua peminat pelakon
Dia Semanis Honey ini apabila ramai yang melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan tahniah.

Seperti juga artis lain apabila melahirkan anak, mereka akan membuka Instagram untuk anak mereka. Tidak terkecuali juga Nadya, dia membuka laman sosial untuk puteri sulunganya itu.

Semoga Nadya selamat menjalani tempoh berpantang dan kembali berlakon semula.-KLICK.MY