Hiburan Sensasi

Nabil Ahmad Dedah Peminat Wanita Ajak Buat ‘Projek’ Di Hotel

SEBAGAI figura umum, menerima pelbagai mesej peribadi di media sosial daripada peminat bukanlah sesuatu yang janggal.

Tanpa peminat siapalah artis itu. Namun, hubungan antara artis dan peminat perlu ada batasan dan berpada-pada.

Pengalaman pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berdepan dengan gelagat peminat yang melebihi had bukanlah perkara baru dalam dunia artis.

Menurut Nabil, dia pernah menerima mesej di laman Instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya mengadakan hubungan terlarang di hotel.

Menurut laporan Harian Metro, Nabil mengetahui perkara tersebut daripada isterinya, Zira yang sentiasa memantau akaun Instagram miliknya setiap hari.

“Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara melampau seperti itu.

“Saya meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah,” katanya yang memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau Instagramnya sejak berumah tangga.

Mengulas mengenai isu poligami, Nabil menyatakan tidak terlintas di hatinya untuk berkahwin lagi.

“Sudah bermacam-macam perkara yang dilalui dalam hidup. Saya telah berjanji akan meninggalkan semua perbuatan buruk selepas berkahwin.

“Maklumlah, saya ada dua anak perempuan dan saya tidak boleh bayangkan jika saya mempermainkan perasaan orang lain dan perbuatan buruk yang dilakukan itu dibalas pada anak-anak saya pula,” ujarnya yang mengakui tidak mampu berlaku adil sekiranya berpoligami.

Baguslah kalau Nabil berfikiran seperti itu. Maklumlah, masyarakat Malaysia terutamanya wanita memang pantang dengar perkataan poligami. Kalau berani cubalah! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.