Hiburan Terkini

Musi*** Yang Bocorkan Gambar Itu, Moga Aib Anda Dibuka – Sharnaaz

SEBAGAI rakan artis, Sharnaaz Ahmad mungkin faham apa yang dilalui oleh Datuk Farid Kamil ketika ini.

Justeru, Sharnaaz meluahkan perasaan terkilannya di Twitter dengan tidakan pihak yang menyebarkan gambar rakannya itu.

Sharnaaz berpendapat apa pun yang terjadi pada rakannya itu, dia tidak patut diaibkan sedemikian rupa kerana masih mempunyai keluarga.

Sharnaaz juga meminta agar Farid kuat menghadapi dugaan tersebut.

“Apa pun jadi pasal isu Farid Kamil, kepada musibat yang bocorkan gambar tu, semoga anda dibuka aib pulak pada satu hari kelak. Maruah keluarga dia mana nak letak kamjat. Hari ini anda mungkin bahagia, bila Tuhan nak duga belum pasti brader. Be strong Farid,” tulisnya.

Kenyataan Sharnaaz itu mengundang pelbagai pendapat daripada netizen. Ada yang setuju dan ada juga sebaliknya.

Semoga kes ini dapat diadili dengan sebaiknya. Apapun, kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Janganlah kita pandai-pandai jatuhkan hukuman. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.