Hiburan Sensasi Terkini

Mufti Pilih Kasih, Hanya Tegur Neelofa Bukan Sajat – Papagomo

‘Perang’ antara Sir Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo dan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat masih belum tamat lagi.

Sebelum ini Papagomo telah memuat naik beberapa video antaranya video memaparkan dia meminta pihak Jakim agar menyiasat jantina sebenar Sajat.

Berkaitan: Nur Sajat Sudi Jumpa JAKIM

Terbaharu, dia sekali lagi memuat naik satu video, juga berkenaan Sajat. Namun kali ini video tersebut ditujukan khas buat para mufti di Malaysia.

Papagomo dalam video tersebut mempersoalkan kenapa mufti hanya menegur Neelofa berikutan isu pelancaran jenama tudungnya di kelab malam namun mengunci mulut perihal Sajat.

Berkaitan: Surat Terbuka Mufti Buat Hajjah Neelofa Untuk Muhasabah

 

Katanya lagi, terdapat isu yang lebih besar melibatkan Sajat di mana dia bebas memakai tudung seperti wanita walaupun pada asalnya merupakan lelaki.

“Tetapi kenapa tidak dengan Sajat, seorang lelaki atau pondan yang memakai tudung? Kenapa tidak ada teguran sehingga ke hari ini oleh para mufti kepada golongan LGBT ini?

“Kenapa apabila seorang wanita tulen yang membuat satu perilaku berkenaan tudung maka begitu cepat tindakan diambil oleh para mufti?” soalnya.

Papagomo menganggap tindakan Sajat memakai tudung seperti memperkotak-katikkan agama Islam namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil ke atasnya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen