Hiburan

Muat Naik Gambar Bersama Di Instagram, Zahirah-Aiman Bercinta?

PELAKON Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikatakan sedang hangat bercinta apabila masing-masing memuat naik gambar bersama di Instagram dengan kapsyen yang romantis.

“Sekarang dan selamanya, Insya Allah,” tulis Zahirah dengan meletakkan gambar bersama Aiman di Instagramnya.

Sebelum itu, Aiman terlebih dahulu memuat naik gambar tersebut semalam sehingga menimbulkan spekulasi tentang hubungan mereka berdua.

“Nombor bermula dengan 123, muzik bermula dengan Do-Re-Mi, huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z.

“Jadi, faktanya di situ antara kau dan aku,” tulis Aiman.

Malah, lebih menarik masing-masing juga meletakkan #zahirAH yang membawa maksud gabungan nama Zahirah dan Aiman Hakim (AH).

Namun, sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar bercinta atau hanya gimik untuk drama terbaharu.

Sebelum ini, Zahirah pernah bercinta dengan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan Aiman pula dengan pelakon Fatiya Latiff. –KLICK.MY