Sensasi Terkini Viral

Motor Ditinggal Tepi Jalan Selama 2 Tahun Cetus Tanda Tanya

Kisah sebuah motosikal yang menjadi tular di laman sosial meninggalkan tanda tanya kepada netizen. Apa tidaknya, setelah dua tahun ditinggalkan di tepi jalan, ia tetap berada di situ seolah-olah tidak pernah disentuh.

Motor jenis Honda Repsol itu khabarnya telah ditinggalkan di situ setelah pemiliknya terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia.

Sejak itu, motor itu terus berada di situ. Menurut sumber, bukan tidak pernah ada orang cuba mengalihkannya tetapi apabila dialihkan motor itu akan kembali semula ke situ.

Malah pihak polis juga pernah mengangkut motor berkenaan ke balai polis tetapi apabila tiba malam, ia akan hidup sendiri dan kembali ke lokasi asal.

Kisah motor misteri ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shary Azshary. Kejadian ini berlaku di Kendari Sulawesi Tengah, Indonesia.

Gambar-gambar motor tersebut juga diambil sendiri oleh Shary. Malah dia hairan melihat motor tersebut masih lagi berada dalam keadaan baik dan kuncinya masih lagi tergantung pada motor berkenaan. –KLICK.MY