Semasa

Motif, Lelaki Cina Pakai Niqab!

Amboi, orang pakai niqab kamu pun pakai niqab! Masalahnya kamu itu lelaki bukannya perempuan dan lebih-lebih lagi kamu itu bukan orang Islam.

Kalau di Malaysia, niqab hanya dipakai oleh wanita yang beragama Islam. Kalau dah lelaki yang memakainya, pelik bin ajaib la pula jadinya.

Namun, realitinya ada kes yang membabitkan seorang lelaki Cina yang gemar memakai niqab. Dia sendiri mengakui sudah dua tahun memakainya.  Fuhhh…hati-hati yek wanita di luar sana terutamanya kalau anda memasuki tandas awam dan kebetulan lelaki Cina berniqab ini ada sekali di dalamnya.

Nanti tak pasal-pasal terdedah aurat anda. Maklumlah anda ingatkan dia adalah wanita. Baru-baru ini kecoh di media social pasal lelaki Cina yang memakai niqab setelah ia dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebooknya.

Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut dan mula tertanya-tanya apakah motif lelaki tersebut memakai niqab.

Menerusi perbualan berkenaan, lelaki tersebut mengakui sudah dua tahun iaitu sejak 2015 dia telah memakai niqab dan jubbah ketika keluar.

Sudah pasti perangai peliknya itu mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Malah ada yang bimbang sekiranya lelaki itu mengambil kesempatan ke atas wanita. Ayaaa..ini orang pun ada ke?-KLICK.MY