Sensasi Terkini Viral

Model Rakam Gambar Bogel Atas Gunung Dikecam

Memang perangai ‘mat saleh’ suka berbogel di tempat awam ke? Masih ingat lagi kejadian di Gunung Kinabalu apabila sekumpulan pelancong dari Eropah dengan biadap dan tanpa segan silu berbogel di puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu.

Walaupun kini ia bukan berlaku di Malaysia, tetapi perangai dan tingkah laku mereka mengundang rasa tidak senang masyarakat setempat.

Kejadian terbaru berlaku di New Zealand di mana seorang model majalah Playboy bergambar secara bogel di Gunung Taranaki.

Perbuatannya yang tidak sensitif itu dikecam oleh masyarakat setempat khusunya kaum Mouri. Laporan Telegraph mengatakan, foto tersebut dimuatnaik Jaylene Cook, 25, di laman Instagramnya.

Menurut laman kerajaan New Zealand, warga Maori tempatan menganggap gunung berukuran 8,300 kaki tinggi berkenaan ‘mempunyai kekuatan spiritual’.

Manakala kawah dan puncak gunung adalah kawasan ‘suci’ Taranaki, batu-batuan adalah tulangnya, sungai-sungai adalah darahnya dan tumbuh-tumbuhan di sekitar adalah pelindungnya dari cuaca.

Mereka memohon agar orang ramai menghormati gunung tersebut.

Sementara itu, Jaylene mempertahankan tindakannya dan mendakwa ‘beliau cukup hormat’ dengan latar belakang gunung tersebut.

Wah, ‘hebatnya’ cara Jaylene menghormati gunung tersebut sampai tidak memakai surat benang pun! Namun tak hairanlah kerana dia sudah biasa berbogel untuk majalah terkenal berkenaan.-KLICK.MY