Terkini Viral

Misteri Wanita Berkebaya Merah Terjawab, Rupa-Rupanya..

BARU-BARU ini warga media sosial gempar dengan sebuah klip video yang menampakkan sosok seorang wanita misteri berkebaya merah pada waktu malam di bahu jalan raya yang berjaya dirakam.

Kelibat wanita berkebaya merah itu mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi.

Tidak lama kemudian, tampil seorang individu yang mendakwa bertanggung jawab memuat naik video tersebut sebagai gurauan bertujuan “memperbodohkan” orang ramai yang mengaku “cerdik”.

Malah, dia mengaku berpakat dengan tiga hingga empat rakannya supaya mengenakan baju kebaya yang sama warna di laluan itu.

Meskipun isu tersebut sudah dilihat selesai, beberapa hari lalu cerita tentang wanita berpakaian hampir serupa kembali diperkatakan.

Rupa-rupanya, jawapan kepada wanita misteri berkebaya merah adalah Datin Paduka Umie Aida yang mengenakan kebaya rona tersebut untuk poster rasmi filem kontroversi, Dukun.

Treler mempromosikan Dukun mula disiarkan selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem pada 23 Mac lalu. Rata-rata peminat filem Melayu teruja menantikan naskhah arahan Dain Said ini.

Pernah diharamkan untuk tayangan umum pada 2007 kerana dikatakan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, akhirnya LPF memberi kelulusan untuk ianya dipertontonkan, selepas kira-kira 11 tahun “disimpan”.

Selain Umie, Dukun dibintangi Allahyarham Ramli Hassan, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Nam Ron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Awaa Vanja, Elyana, Sofi Jikan dan Chew Kin Wah.

Ianya berkisar tentang pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap seorang ahli politik oleh pengamal perubatan tradisional wanita dengan bantuan suami dan pekerjanya.

Berdasarkan kisah benar, ketiga-tiga suspek kemudiannya didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 2001. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen