Luar Negara Terkini

Misteri Penemuan 27 Pasang Tangan Manusia Di Dalam Sebuah Beg

PENDUDUK di bahagian timur Rusia gempar dengan penemuan sebuah beg berisi 27 pasang tangan manusia yang telah putus.

Penemuan mengejutkan itu berlaku dekat dengan bandar Khabarovsk, Siberia, berhampiran sempadan China.

Menurut salah seorang penduduk, anggota tangan manusia itu ditemui berhampiran tempat memancing yang popular.

Namun, penduduk tempatan mendakwa mereka tidak melihat apa-apa yang mencurigakan.

Kewujudan anggota tangan manusia itu menjadi misteri dan ada yang mengatakan ia mungkin datang dari hospital berdekatan. Namun spekulasi itu tidak dapat disahkan.

Penduduk juga bimbang mungkin ada sindiket mempergunakan mayat dan mencuri bahagian badan. Tangan mayat akan dipotong untuk mengelakkan badan dikenal pasti selepas itu.

Media setempat melaporkan bahawa di sebelah mayat terdapat pembalut perubatan dan penutup kasut plastik seperti yang ada di hospital.

“Ini adalah pemandangan yang menyedihkan,” kata penduduk tempatan.

Walaubagaimanapun, pihak polis enggan mengulas mengenai hal tersebut. –KLICK.MY

 

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen