Sensasi Terkini Viral

Misteri, Darah Keluar Dari Kulit Budak P’puan Setiap Kali Stres

Seorang kanak-kanak perempuan, Phakamad Sangchai, 7, dari Thailand mempunyai penyakit yang jarang kedengaran.

Walaupun sudah menerima rawatan dari hospital, namun keadaannya masih juga tidak berubah malah semakin membimbangkan.

Ramai yang berkata kanak-kanak perempuan ini mempunyai penyakit misteri. Bayangkan setiap kali dia mengalami sakit kepala dan stres, maka darah akan keluar dari kulit, hidung, mata dan telinga.

Penyakit ini dikenali sebagai hematohidrosis yang menyebabkan pesakit mengalami peluh berdarah. Dikhabarkan penyakit ini hanya satu daripada 10 juta orang yang menghidapnya.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Toh Nipaporn Khantain sudah berputusa asa mencari jawapan tentang penyakit yang menimpa anaknya. Kini ia masih menunggu jawapan diagnosis dari hospital.

Menurut Khantain anaknya tetap bahagia dan riang seperti kanak-kanak lain walaupun mempunyai penyakit misteri.

Mereka belum menemui ubat untuk mengubati penyakit ini. Hanya ada ubat yang disebut beta blocker yang boleh membantu pesakit mengurangkan stres dan kecemasan. –KLICK.MY