Luar Negara Terkini

Mimpi Didatangi Wanita Tua Sebelum Jumpa Tapak Kuno Majapahit

SEORANG petani di Jawa Timur tidak menyangka kawasan kebun di belakang rumahnya adalah tapak bersejarah peninggalan Kerajaan Majapahit.

Paiman, 73, berkata, sehari sebelum penemuan itu dia telah bermimpi didatangi seorang wanita tua memintanya untuk segera melakukan penggalian tanah di kebunnya yang terletak di Desa Kedung Bocok, Sidoarjo.

“Pada mulanya saya anggap ia sebagai mainan tidur sahaja. Tetapi keesokan harinya, semasa sedang menggali tanah, tiba-tiba cangkul terkena objek keras.

“Selepas digali, saya menemui struktur batu-bata yang disusun dengan kemas. Setelah diukur, panjangnya mencecah 13.5 meter dan mempunyai kelebaran 9.2 sentimeter,” katanya

Susulan penemuan itu, penduduk setempat termasuk pelajar sekolah berpusu-pusu ke kebun lelaki berkenaan bagi melihat tapak kuno tersebut dengan lebih dekat.

Malah, Pejabat Pelancongan Sidoarjo bercadang untuk menjadikannya sebagai tarikan baharu di daerah berkenaan.

“Kami akan berunding dengan pihak berwajib. Jika sah ia tapak kuno, kami akan tingkatkan kemudahan dan jadikan ia sebagai destinasi pelancongan,” kata pengarah Pejabat Pelancongan Sidoarjo, Joko Supriyadi.

Menurut Joko, di sekitar tapak tersebut pihaknya turut menemui pelbagai artifak bersejarah termasuk serpihan seramik. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.