Gaya Hidup

Miliki Ramai Pengikut Di IG, PU Amin Dikecam Netizen Buat Paid Reviu

LANTANG dalam berdakwah dan menentang isu Lesbian, Biseksual, Gay, Transeksual (LGBT) sebelum ini, nama Pencetus Ummah (PU) Amin semakin dikenali.

Malah, pengikutnya di Instagram (IG) juga bertambah hampir mencecah 300,000 ribu orang.

Namun, beberapa hari yang lepas PU Amin telah menerima kecaman daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya mempromosi sebuah produk ubat kurus di IG.

Rata-rata netizen menganggap PU Amin cuba mengambil kesempatan dan menyalahgunakan platform media sosial miliknya yang sebelum ini digunakan untuk menyebarkan dakwah.

Pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan oleh netizen. Malah ada juga mendakwa pendakwah bebas ini sengaja membuat kontroversi sebelum ini bagi meraih populariti dengan tujuan mendapatkan pengikut.

Selain itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim juga dituduh menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula berpendapat tiada salahnya penceramah bebas itu untuk mendapatkan pendapatan menerusi promosi berbayar itu. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

 

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.