Hiburan

Mia Sara Masuk Hospital, Netizen Tertanya-Tanya Sakit Apa

PELAKON cilik, Mia Sara berkongsi perkembangan terbaharunya di Instagram dengan memuat naik gambarnya sedang terbaring di katil wad sebuah hospital swasta di Kota Damansara.

Menurut Mia, dia meminta orang ramai mendoakannya agar cepat sembuh namun tidak menjelaskan penyakit yang dihidapinya sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya.

Malah, bukan sahaja netizen, artis juga turut bertanyakan hal yang sama. Antara artis yang memberi kata-kata semangat dan bertanya ialah pelawak Achey dan Lisa Surihani.

Namun, Mia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut dan meminta mereka mendapatkan penjelasan daripada ayahnya.

Sementara itu, Mia turut memuat gambar terbaharu di mana dia mendapat kunjungan daripada kumpulan Aman Palestin.

Biarpun Mia masih belum mendedahkan penyakit yang dihidapinya, rata-rata netizen terus memberikannya kata-kata semangat dan mendoakan kesihatannya.

Semoga Mia kembali sihat dan kembali ceria. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.