Hiburan

Mia Ahmad, Suami Jawab Isu Rumah Tangga Yang Didakwa Bergolak

RUMAH tangga pelakon Mia Ahmad dikatakan kini sedang bergolak apabila suaminya dikatakan curang.

Ditambah pula dengan tindakan Mia memuat naik entri di Instagram yang memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Mohd Izham Tarmizi Roslan sedang dilanda masalah.

Malah dia turut bertindak memadam semua gambar suaminya daripada laman sosial tersebut.

“Allah menghantar seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan lebih baik,” tulisnya.

Dalam temu ramah bersama Berita Harian Online, Mia menjelaskan kepada akhbar tersebut tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.

“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” jelasnya yang reda kalau ada sesuatu yang berlaku lagi selepas ini.

Manakala menurut Izham pula, dia mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.

“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya.

Tambah Izham, ketika ini, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

“Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

“Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak.

“Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat,” katanya.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.