Hiburan Sensasi Terkini

Meriah, Majlis Hari Jadi Scha Al Yahya Bertemakan Tradisional Melayu

Amboi, bukan main meriah lagi sambutan hari jadi pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya semalam! Ulang tahun kelahiran yang ke-34 itu diadakan di sebuah hotel bertemakan tradisional Melayu.

Justeru, semua yang hadir berpakaian mengikut tema dan ia kelihatan begitu cantik sekali. Oleh kerana hari jadinya (30 Mei) jatuh pada bulan Ramadan tahun ini, majlis tersebut diadakan sekaligus dengan acara berbuka puasa bersama rakan-rakan.

Paling menarik, sudah tentulah Scha yang berpakaian kebaya moden. Manakala Awal Ashaari pula berbaju Melayu.

Namun, dalam gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram, tidak pula kelihatan anak mereka, Lara Alana. Dyanas Mokhtar juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Agak-agaknya apalah hadiah yang Awal bagi untuk permaisuri hidupnya itu. Adegan romantik juga beraku dalam majlis tersebut apabila kedua-duanya saling mencium pipi.

Agak-agaknya bila lagi pasangan ini mahu menimang cahaya mata. Lara Alana pun sudah besar. Pasti dia juga mahukan adik.

Apa-apapun, selamat hari lahir buat Scha dan semoga dilimpahi rezeki serta umur yang panjang. –KLICK.MY