Hiburan Sensasi Terkini

Meriah, Erra Fazira Sambut Hari Jadi Aleesya Ke-8

Meriahnya gambar-gambar sambutan hari jadi anak Erra Fazira iaitu Aleesya yang dikongsi oleh primadona ini di Instagramnya. Majlis tersebut diadakan awal dari tarikh kelahiran sebenar Aleesya iaitu 30 Mac ini.

Majlis yang telah diadakan di Menara Kuala Lumpur semalam itu turut dihadiri oleh bekas suami Erra iaitu bapa kepada Aleesya, Engku Emran. Selain itu, turut kelihatan teman rapat Erra iaitu Zahida rafik dan Umi Aida.

Penuh warna warni sambutan yang diadakan malah tema yang digunakan adalah ‘born to rock’. Patutlah ramai yang pakai jeans sesuai dengan tema yang dianjurkan.

Pasti menjadi tumpuan adalah ‘birthdya girl’ iaitu Aleesya. Wajah kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya. Kecil-kecil lagi sudah cantik persis ibunya. Yelah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sekejap sahaja rasanya Aleesya kini sudah genap berusia lapan tahun. Apapun, selamat hari jadi buat Aleesya daripada kami di sini.-KLICK.MY