Semasa

Meremang! Iklan $#* Banjiri Timeline Facebook

Sekarang ini, semakin banyak pihak mengambil inisiatif menggunakan media sosial sebagai platform mengiklankan barangan jualan mereka.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam bidang perniagaan malah hari demi hari dapat dilihat semakin ramai usahawan lahir menggunakan kaedah pemasaran yang mudah, murah dan efektif ini.

Bagaimanapun, terdapat fenomena membimbangkan apabila iklan yang memenuhi timeline media sosial seperti Facebook terdiri daripada bahan yang tidak sesuai untuk ditatap golongan tertentu terutama generasi muda.

Apa yang dimaksudkan ialah iklan barangan seks yang bukan sahaja belum tentu mendapat pengesahan KKM malah boleh menggalakkan kanak-kanak atau remaja tertarik untuk ‘explore’ sesuatu yang tidak sesuai dengan usia mereka.

Sebagai contoh iklan kat bawah. Jangan kata budak-budak.. orang dewasa yang menatapnya pun  meremang bulu roma!

Susahlah disertakan testimonial lucah gile, disertakan pula gambar-gambar yang lebih kurang serupa juga..

Diharapkan pihak yang berkenaan dapat melihat solusi bagaimana mengelakkan perkara ini daripada terus menular dalam masyarakat menggunakan media sosial yang diketahui mampu dilayari semua peringkat usia.

Ini belum sentuh bab iklan menggunakan video lucah yang kian berleluasa lagi..