Terkini Viral

Kumpulan Koir Dari Thailand Nyanyi Doa Khatam Al-Qur’an

Sungguh merdu dan mendayu-dayu nyanyian kumpulan Koir Thailand dalam satu persembahan koir peringkat Asean.

Meskipun pertandingan itu telah lama berlangsung namun video perembahan mereka baru mendapat perhatian netizen apabila ianya kembali tersebar.

Kumpulan Thai Youth Choir yang dianggotai 52 orang, memilih untuk mendendangkan doa selepas khatam Al-Qur’an (AllahummarhamnabilQur’an) pada Dawn of Asean yang berlangsung pada September 2015 bagi tema lagu keagamaan.

Rata-rata netizen mengagumi nyanyian penyanyi solo kumpulan itu, Phatcharaphon Samosorn yang membawa lagu dalam Bahasa Arab tersebut dengan sempurna  dan penuh perasaan.

Doa yang dinyanyikan tersebut bermaksud memohon kepada Allah supaya menjadikan Al-Qur’an sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada manusia.

Ada juga netizen yang memberikan komen mendoakan kesemua penyanyi kumpulan koir ini mendapat hidayah daripada Allah untuk mendekati Islam. –KLICK.MY