Jenayah Terkini Viral

Menyedihkan, Ibu Lacur Anak Lelaki Berlakon Filem Porno

DUA wanita bergelar ibu dikatakan tergamak bersekongkol dengan seorang ‘pengarah’ filem porno bagi melacurkan anak sendiri, demi mengaut keuntungan besar daripada hasil jualan video lucah.

Inilah yang dilaporkan dalam satu kes yang menggemparkan Indonesia, sejak beberapa hari lalu.

Kes terbongkar selepas rakaman filem porno melibatkan dua kanak-kanak lelaki yang melakonkan adegan seks dengan wanita dewasa tersebar.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan dipaksa melakukan perbuatan tidak bermoral itu sebelum sebelum aksi mereka dijual kepada seorang warga Rusia yang berminat membeli filem berkenaan.

Ketua Polis Daerah Inspektor Jeneral Agung Budi Baryoto berkata, suspek utama dikenali sebagai M Faisal Akbar, 32, dipercayai menjual video lucah membabitkan budak lelaki dengan wanita dewasa kepada seseorang hanya dikenali sebagai ‘R’ dipercayai warga Rusia, yang dikenalinya melalui grup sembang di Facebook.

Faisal mendapat permintaan untuk membeli bahan lucah daripada R selepas dia memuatnaik gambar seorang anak lelaki dan ibunya yang diedit seolah-olah berkelakuan tidak senonoh di grup Facebook berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, ia bermula dengan perkenalan di Facebook. Faisal adalah ‘pengarah’ video dan mengaut keuntungan jutaan rupiah. Harga ditetapkan bergantung kepada bahannya.

“Contohnya untuk gambar dia memperoleh 6 juta rupiah (RM1,700) manakala untuk video dua budak lelaki terbabit dia mengaut kira-kira 16 juta rupiah (RM4,700). Ada juga video lain di mana dia menjualnya dengan bayaran 9 juta rupiah (RM2,700).

“Keseluruhan bayaran diterima sekitar 31 juta rupiah (RM9,200) malah dipercayai video itu turut dijual di luar negara,” katanya.

 

Agung berkata, Faisal mengaku menjual video selepas mendapat permintaan daripada warga Rusia terbabit yang membuat pembayaran kepadanya, selepas video dihantar melalui aplikasi Telegram.

Faisal pertama kali merakam video lucah membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah bilik hotel di kawasan Kiaracondong, Bandung pada Mei 2017.

Mangsa bagaimanapun dikatakan menangis kerana enggan dirakam, membuatkan wanita dalam rakaman video menelefon ibunya untuk membantu. Adegan tidak senonoh yang diinginkan mereka berhasil selepas seorang kawan baik mangsa diajak ikut serta, menjadikan pelakon porno kanak-kanak dalam rakaman video menjadi dua orang.

Video lucah itu kemudian dikirim Faisal kepada R menggunakan aplikasi Telegram dan dia menerima bayaran 16 juta rupiah (RM4,700).

Peran 6 Tersangka Kasus Video Mesum Bocah-Wanita Dewasa

Seterusnya pada bulan Ogos, Faisal sekali lagi menghasilkan dan menjual video lucah yang dilakonkan seorang kanak-kanak lelaki dengan wanita dewasa.

Setakat ini enam suspek termasuk dua ibu kepada mangsa kanak-kanak sudah ditahan di sekitar Bandung pada Ahad lalu, sementara seorang suspek masih diburu.

Difahamkan, turut terlibat ialah wanita yang cuma dikenali sebagai I selaku orang yang merekrut kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu tentang cara beraksi dalam video melalui ibu mangsa.

“Faisal turut mengenali seorang wanita lain, Cici yang memperkenalkannya kepada wanita lain, Imel sebelum seterusnya dibawa menemui mangsa kedua, juga berusia sembilan tahun serta ibunya.

“Keadaan ini amat menyedihkan kerana ibu bapa mangsa sendiri ‘menjual’ mereka,” kata Agung. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.