Viral

Menjijikkan! Lelaki Ini Hampir Termakan Anak Tikus Disangka Pedal Ayam

SEORANG pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azmi Ali Mex melalui pengalaman menjijikkan apabila hampir termakan bangkai anak tikus yang disangkakannya pedal ayam dalam lauk yang dibeli di sebuah warung.

Menurut Azmi, dia bukan berniat untuk menganiaya pemilik warung berkenaan tetapi sevagai peringatan untuk orang ramai agar berhati-hati.

Berikut adalah pengalaman yang diceritakan oleh Azmi di Facebooknya:

“Sepoil…..takde kerjanya aku nak menipu atau fitnah ….kedainya tak boleh bagi tahu… Esok aku pergi setel baik-baik.

Tengahari tadi aku beli la lauk kat satu warung tu….biasa memang aku beli situ… Aku beli ayam merah dua ketul.. Ayam kicap dua ketul.

Beria-ria aku balik kerje petang tadi ni nak makan. Dah makan sikit lah ayam kicap ni. Baru dua suap, aku makan cubit-cubit jer ayamnya.

Bila aku ambil ayamnya masuk dalam pinggan, aku ingat ada pedal warung tu masukkan sekali. Jadinya last nanti boleh la aku layan liat-lait pedal tu.

Aku terus lah layan dua ke tiga suap lagi sambil mata aku tengok kat piring lauk tu. Pastu aku nak tambah kuah, aku cuit lah pakai sudu. Sekali aku tengok, anak tikus laaaaaa.

Aku pun apa lagi uwek-uwek laaaaa. Tekak aku terus kembang. Uwek-uwek terus. Wife aku terus turun. Tanya kenapa. Aku tak nak bagi tahu. Aku cakap takde apa-apa. Dia cakap ada telur lalat ke. Aku cakap ye jer. Hahaha….

Esok pagi aku nak pulang balik anak tikus itu. Uwekkkkkkkkkkkkk.

Lepas uwek terus ambil plastik, masukkan anak tikus tu dulu.  Bagi menguatkan bukti beli lauk ayam. Ayam kat atas pinggan tu masukkan juga dalam plastik. 

Sebab tu ada nasi putih panjang-panjang tu, beras basmathi memang panjang pastu dok fikir, baik kasi buat Facebook macam biasa.

Buka plastik ambilk gambar, up gambar.  Pastu ada pula mulut longkang cakap aku fitnah.  Aku keluarkan masuk pinggan polistrin.  Ambil gambar lagi.  Untuk kuatkan aku tak ambil cerita atau pakai gambar orang lain.

Aku letak gambar flyers baja sawit aku ada muka aku kat situ.  Aku edit masuk lagi gambar kukuh.  Aku tak aniaya orang,” tulisnya.

Jadi, kepada yang gemar makan di warung, berhati-hatilah ketika membeli makanan. Pastikan ia bersih dan tiada objek yang mencurigakan. Jadikan ia sebagai pengajaran. –KLICK.MY

Sumber: Facebook Azmi Ali Mex