Terkini Viral

Menjijikkan! Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Keluaran China

BARU-BARU ini netizen di negara jiran kita, hangat memperkatakan tentang berita penemuan cacing yang sudah mati di dalam tin sardin.

Susulan itu Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia telah mengarahkan tiga pengimport ikan sardin dalam tin yang terlibat dalam insiden berkenaan, menarik balik produk mereka dari pasaran.

Arahan dikeluarkan setelah pemeriksaan menunjukkan sememangnya ada cacing mati di dalam produk ikan sardin dalam tin yang diimport dari China itu.

“Hasil pemeriksaan dan ujian BPOM menemui cacing yang sudah mati pada produk ikan makerel dengan sos tomato dalam tin 425 gram,” kata BPOM dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis.

Berdasarkan ujian, terdapat tiga jenama sardin yang dipercayai mengandungi cacing mati dan ditarik dari pasaran.

Menurut laporan Kompas, produk mengandungi cacing tidak layak menemui pengguna dan dalam keadaan tertentu pengambilannya boleh menyebabkan reaksi alahan bagi orang sensitif.

Pihak BPOM berkata mereka akan terus memantau pelaksanaan menarik dan memusnahkan produk berkenaan dari pasaran selain meningkatkan ujian terhadap produk-produk ikan dalam tin lain, tidak kira  produk dalam mahupun luar negara.

Masyarakat di negara itu juga dinasihatkan supaya lebih cermat dan berhati-hati apabila membeli produk-produk seperti itu.

Sebelum ditarik balik, produk-produk berkenaan telah berdaftar secara sah dengan BPOM dan sebelum ini didapati mengikut standard yang ditetapkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.