Luar Negara Terkini

Mengerikan, Kepala Wanita Gelandangan Dimakan Ulat

SEORANG wanita gelandangan terselamat dari maut apabila berjaya diselamatkan oleh sukarelawan.

Wanita itu ditemui oleh sukarelawan dari organisasi amal sedang menangis di tepi jalan. Keadaannya ketika itu sangat teruk di mana kepalanya cedera dan dipenuhi dengan ulat.

Terkejut lihat keadaannya, sukarelawan membawa balik dan merawat wanita itu.

Menurut wanita tersebut Preeti Devi yang berasal dari utara India Barat, dia berterima kasih dan bersyukur kepada sukarelawan yang menolongnya.

Dia dirawat dan dijaga oleh kakitangan dari Apna Ghar di Bharatpur, Rajasthan selama lima bulan dan kini kepalanya telah sembuh sepenuhnya.

Kata Devi, kecederaan di kepalanya itu akibat dipukul oleh sekumpulan orang jahat. Oleh kerana tidak diubati, ulat mula mengerumuninya.

“Apa yang Apna Ghar dan sukarelawannya buat terhadap saya, amat saya kagumi. Perbuatan mereka yang mulia telah memulihkan keyakinan saya kepada manusia. Saya hampir mati di tepi jalan.

“Jika ‘malaikat-malaikat’ ini tidak melihat dan menolong, saya sudah mati sekarang,” luahnya yang kini bersedia untuk meninggalkan kampung halaman dan memulakan hidup baru.

Menurut pihak berkuasa, Preeti ‘takut untuk hidup’ selepas diserang dan dia melarikan diri dari rumahnya di Bihar sekitar enam bulan yang lalu.

Dia kemudian tinggal di jalan-jalan di Rajasthan.

Apna Ghar adalah sebuah organisasi yang bertujuan menjaga kebajikan orang miskin dan tidak berdaya yang menghadapi fasa kehidupan menyakitkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen