Sensasi Terkini Viral

Mengejutkan, Najis Seberat 13 Kilogram Ditemui Di Dalam Usus

Seorang doktor di Shanghai telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai masalah usus.

Pesakit yang dikenali sebagai Zhou Hai tiba di Shanghai’s Tenth People’s Hospital pada Khamis lalu dengan perutnya yang kembung dan kelihatan seperti wanita hamil.

Zhou kelihatan sukar untuk bernafas dan mengerang kesakitan. Menurut Zhou, sejak tiga hari yang lalu perutnya makin membesar. Sejurus kemudian, doktor terus melakukan diagnosis untuk mengenal pasti puncanya.

Mengikut sejarah perubatan Zhou, dia mengalami masalah sembelit sejak dilahirkan dan terpaksa menggunakan julap dan enema untuk mengatasi masalah tersebut.

Ibu bapanya pula menyangka penyakit itu tidak serius dan tidak membawa Zhou mendapatkan rawatan di hospital sehinggalah ia bertukar menjadi teruk.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan selama tiga jam untuk menyelamatkan nyawa Zhou.

Memeranjatkan apabila doktor berjaya mengesan usus besar Zhou membengkak disebabkan pengumpulan najis seberat 13 kilogram yang tersekat.

Kemudian doktor berjaya mengesan punca masalah ada kaitan dengan masalah kesihatannya sejak kecil yang dikenali sebagai Hirschsprung, menyebabkan sel-sel saraf hilang dalam usus besar.

Ia menghalang organ tersebut berfungsi seperti biasa dan seterusnya menyebabkan usus besar tersumbat. –KLICK.MY