Semasa Sensasi Terkini

Mengejutkan, Ikan Ditangkap Mempunyai Corak Tatu!

Penemuan seekor ikan yang mempunyai corak di badan seakan-akan corak tatu di Filipina telah menggemparkan masyarakat di situ.

Biasanya hanya manusia yang bertatu. Namun, ikan layar yang ditangkap oleh seorang nelayan ini tidak seperti mana-mana ikan yang ditangkap.

Biasanya ikan layar mempunyai kulit berwarna ‘silver’ dengan sirip seakan-akan layar dan muncung yang tajam.

Penemuan luar biasa itu membuatkan masyarakat setempat mula berteka-teki bagaimana ia boleh berlaku lebih-lebih lagi ia mendapat liputan media di sana.

Ada yang mengatakan ikan tersebut mungkin telah ditangkap dan diukir tatu oleh tuannya dan kemudian dibuang semula ke laut.

Selain itu ada juga yang berkata mungkin ia disebabkan oleh beberapa jenis sampah atau kain yang telah melekat di badan ikan tersebut dalam tempoh yang lama sehingga meninggalkan corak.

Akhirnya misteri ikan tersebut tidak dapat dirungkai dan ia terus meninggalkan persoalan kepada semua orang.

Mungkin ikan tersebut sudah pun menjadi lauk yang enak, meninggalkan kisah misterinya kepada penduduk setempat.-KLICK.MY

Tag